Monday, May 9, 2016

Doakan Mereka

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Nyenyakkah tidur kita malam tadi? Kenyangkah kita sekarang ? Syukur Alhamdulillah kerana Allah memberikan kita kesempatan untuk menghirup udara segar pada hari ini.

Bayangkan saudara-saudara kita di Aleppo tidak ada peluang seperti itu. Mereka tidur buat selama-lamanya dengan bermandikan darah dan jasad yang hancur lebur.

Dalam setiap helaan nafas kenangilah mereka. Berdoalah buat mereka. Belalah nasib mereka dengan Qunut Nazilah dan hulurkan bantuan kewangan melalui badan-badan NGO yang bersukarela membantu pelarian perang ini.

Ingatlah, setiap doa kebaikan yang kita ucapkan akan mendapat doa kebaikan yang sama dari malaikat yang meng'amin'kan. Dan, setiap perbuatan baik yang kita lakukan atas nama Allah akan kembali kepada diri kita sendiri. Begitulah Hukum Alam yang Allah telah tetapkan.



‪#‎DoaUntukAleppo‬
‪#‎DoaUntukMangsaPerangSyria‬

No comments :