Sunday, March 1, 2015

Kursus Memperkasa Kepimpinan 2015

Bismillahirahmanirrahim.

Kursus Memperkasa Kepimpinan ini telah dilaksanakan oleh Persatuan Guru Pelatih Islam selama empat tahun berturut-turut. Kursus ini adalah untuk menyediakan para ahli jawatankuasa yang berketerampilan dan mampu mengerakkan gerak kerja penghayatan  Islam  di Institut ini.



Maklumat Umum
Tarikh : 6 Februari – 8 Februari 2015 (Jumaat hingga Ahad)
Tempat : Kem Rimbaria Suara Hutan, Sungai Congkak
Kumpulan Sasaran : Ahli Jawatankuasa Persatuan Guru Pelatih Islam 
                       Sesi 2014/2015 IPGKIK seramai 40 orang

Untuk makluman, program ini diwajibkan penyertaannya kepada semua ahli Persatuan Guru Pelatih Islam. Ahli jawatankuasa yang melaksanakan program ini terdiri daripada alumni Persatuan Guru Pelatih Islam yang terdiri daripada semester 5 dan 7.

Pada 6 hingga 8 Februari 2015, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) dengan kerjasama Persatuan Guru Pelatih Islam (PGPI) telah mengadakan Program Pemantapan Sahsiah Kepimpinan Pelajar di Kem Rimbaria Suara Hutan, Sungai Congkak. Peserta yang menyertai program ini terdiri daripada pelajar ahli PGPI, PPISMP semester 2, PISMP semester 2 dan 3.

Program ini bermula pada 6 Februari pukul 3.30 petang dan berakhir pada 8 Februari, pukul 1.30 tengah hari. Peserta tiba pada pukul 6.00 petang ke tempat program. Slot ceramah 1, pada pukul 9.00 malam yang bertajuk “Encik, Nak Tarbiah 1!” disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Mohd Syahdan bin Hj Shamsuddin. Di dalam slot ceramah ini, menekankan kepentingan Tarbiah seseorang individu, dalam bergerak kerja didalam sesebuah organisasi. 



Selepas selesai slot ceramah tersebut peserta menjalani aktiviti Ice Breaking yang dikendalikan oleh ahli jawatankuasa fasilitator yang terdiri daripada pelajar alumni PGPI. Tujuan Ice Breaking ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama ahli PGPI terutamanya pelajar baru dari PPISMP sem 2.

Pada 7 Februari 2015, hari Sabtu, program bermula pada pukul 6.00 pagi dimulakan dengan solat Subuh berjemaah, diikuti dengan kuliah subuh. Seterusnya, aktiviti pada hari kedua program ini diteruskan dengan Slot ceramah 2, yang bertajuk “Organisasi? Aku Bukan Robot!” yang disampaikan oleh Puan Dr. Zahiah binti Haris@Harith. Pengisian disampaikan bagi memberi pendedahan kepada ahli-ahli PGPI tentang kepentingan bergerak kerja secara berorganisasi serta bagaimana pengurusan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan bagi setiap taklifan. Seterusnya, aktiviti dalam kumpulan (LDK 1) berdasarkan ceramah yang bertajuk “Encik, Nak Tarbiah 1!” dijalankan bagi menguji kefahaman dari para peserta. Seterusnya, pada pukul  11.30 pagi, slot ceramah 3, yang bertajuk “Benarkah Aku Berorganisasi?” disampaikan oleh Ustaz Mustapha Kamal bin Ahmad Kassim. 





Dan berikutnya, pada pukul 2.30 petang, LDK 2, dijalankan berdasarkan ceramah “ Aku Bukan Robot”. 








Pada waktu petang, AJK fasilitator telah menjalankan aktiviti Explore Iman. Didalam aktiviti Explore Iman ini, peserta dibahagikan kepada 7 kumpulan dan diberi tugasan untuk menyelesaikan tugasan di setiap checkpoint sekitar kawasan kem tersebut. 





Pada waktu malam, slot ceramah 4, dijalankan pada pukul 9.00 malam, yang bertajuk “Apa Ertinya Aku Berbulatan Gembira” yang disampaikan oleh penceramah jemputan, iaitu Ustaz Ariffuddin Bin Dzulkhefli. Didalam slot ceramah ini, menerangkan tentang kepentingan usrah. 





Seterusnya disambung dengan LDK 3, iaitu Modul Kepimpinan dan berakhir dengan aktiviti Liqa’ Muhasabah.

Pada hari terakhir program, 8 Februari 2015, slot ceramah 5, yang bertajuk “Ceramah Protokol di Majlis Rasmi” disampaikan oleh Ustaz Muaz Bin Muhammad pada pukul 8.30 pagi. Slot ceramah ini menekankan aspek tatacara dan protokol pelaksanaan majlis rasmi. Slot ini penting bagi memberi pendedahan kepada ahli PGPI tentang protokol sesuatu majlis yang akan dilaksanakan.

Pada 10.45 pagi persediaan penutup dan refleksi dijalankan. Perasmian penutup pada pukul 11.15 pagi dihadiri oleh Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas, Encik Shaari Bin Osman, Timbalan Pengarah, Dr Roziah Binti Abdullah, para tetamu jemputan iaitu pensyarah-pensyarah dari JAPIM. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas, Encik Shaari Bin Osman kepada para tetamu jemputan dan para hadirin yang hadir dan sokongan beliau terhadap program-program yang menekankan aspek kerohanian kepada pelajar IPG Kampus Ilmu Khas. Selain daripada itu, beliau turut menyeru agar usaha dan kerjasama para pelajar IPG khususnya amat diperlukan dalam menjayakan program sebegini.






 Majlis kemudiannya diserahkan kepada Timbalan Pengarah, Dr Roziah Binti Abdullah. Diikuti dengan ucapan Ustaz Jainudin Bin Ngah, sebagai Ketua Jabatan JAPIM. Selesai sahaja majlis penyampaian hadiah  dan  cenderahati, para tetamu dan hadirin dijemput untuk menikmati makan tengahari yang disediakan.








Banyak yang telah dipelajari. Harap, segala ilmu yang telah terima
dapat memberi manfaat kepada diri kita, Insyallah.

No comments :