Saturday, February 21, 2015

Bersabarlah sayang



"Allah tak uji hambaNya tu kalau dia tak mampu"

"Allah kenal sangat dengan hati hambaNya tu"


"Rapuh macam mana. Tegar macam mana."


               "Sesungguhnya Allah mengetahui setiap apa yang bersarang di dalam dada"


                                                                                            -Al-Mulk:13-

Diam.
Serius tak tahu nak cakap apa.
Rasa nak nangis pun ada jugak.

Sabar ja. Yakin ada hikmah di sebalik semua ni.

Yakin bahawa perancangan Allah tu dah teratur cantik untuk kau.

Kau kan suka buat doodle.

Doodle tak cantik kalau tak da colour. Sometimes, kau buat doodle kau mesti akan warna doodle kau tu guna warna yang pelbagai.  Kalau putih semua kan tak menarik.

Macam tu lah jugak kehidupan ni.

Allah selitkan pelbagai kebahagiaan untuk kau.
Tambahkan sedikit cabaran dan dugaan tu sebab nak uji,
sejauh mana kau, sebagai hambaNya dapat bersabar.

One thing you must remember.
Kadang-kala Allah perintahkan Jibril untuk hantarkan ujian buat kita
sebab Allah rindu dengan kita.

ALLAH RINDU DENGAN KITA.

ALLAH RINDU DENGAN KITA.

ALLAH RINDU DENGAN KITA.

Rindu nak dengar rintihan kita.
Rindu nak dengar kita mengadu dengan Dia.

Sedangkan mak kita kalau kita lama tak kol,
mak mesti rindu.

Apatah lagi Allah .
Tuhan yang menciptakan kita.
Yang Maha Mengetahui apa yang orang lain tak ketahui.

Yakin ujian Allah itu sentiasa berhikmah.

Ambillah setiap ujian tu sebagai satu cara untuk kau majukan diri kau.

Gagal.

Jatuh.

Tergolek-golek .


Terpijak tahi ayam.


Tak pa. Asal kau usaha.

            
 "If you're the one who don't want to help yourself, why should God?"

Make things easy.

Usahakan sahaja yang terbaik.

Hasil pasti akan ada.

Mungkin esok

Mungkin lusa.
Mungkin minggu depan.

Kita tak tahu bila Allah nak bagi.


Yang pasti Allah akan bagi hasil usaha kita tu disaat kita benar-benar memerlukan.


TEPAT PADA WAKTUNYA.


Allahu rabbi :')


Tetapkan aku pada jalanMu .



Moga Allah redha.

No comments :